Pages

Monday, September 20, 2010

Cara Membuat Telur Masin

Pendahuluan
Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah
Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
BAHAN
2500 biji
500 biji
100 biji
Telur Itik (biji)
2500
500
100
Garam Halus (kg)
18.0
3.6
0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg)
22.5
4.5
0.70
Air (liter)
15
5.0
0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg)
6.25
1.25
0.25

Cara memproses

  • Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
  • Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.

  • Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).

  • Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
  • Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur
    tersebut.
  • Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam
    padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
  • Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 - 30 hari sebelum dijual.

http://www.jphpk.gov.my/Malay/PANDUAN%20MEMPROSES%20TELUR%20MASIN.htm

Ternakan Keli Secara Organik

Pihak panitia telah memulakan penternakan ikan keli secara organik pada hari Selasa, 10 Februari 2009 di tapak projek Sains Pertanian. Maklumat berikut adalah berkenaan penternakan tersebut dan kebaikannya untuk pengetahuan mereka-mereka yang berminat.

PENTERNAKAN KELI SECARA ORGANIK
Untuk ikan keli kadarnya adalah (2000 ekor untuk 1 beg B1) hanya sekali sahaja beri makan tahan sehingga 3 bulan iaitu sehingga boleh jual.Kaedah yang amat menjimatkan, menggantikan palet dan perut ayam.Makanan Organik di atas dijual dengan harga RM 75.00/ 5 kg (1 Beg = 5 Kg).* 5 kg Makanan Organik = 2000 ekor Keli* Makanan Organik B1 tahan untuk 3 bulan utk Ternakan KeliKEBAIKAN MENGGUNAKAN MAKANAN ORGANIK UNTUK TERNAKAN
Jimat kos, tenaga dan masa.
Sudah mencukupi dengan hanya sekali memberi makanan organic B1 untuk ternakan keli sehingga tuai hasil.
Tidak perlu salin air tetapi perlu ditambah jika berkurangan.
Tidak perlu mesin oksigen.
Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti.
Menghasilkan keli yang halal.
Air bersih dan tidak berbau.
Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata).
Keuntungan yang tinggi.
Mengurang penggunaan makanan yang mempunyai bahan kimia.
Ikan keli yang diternak di Laman Agro SMK MuhibbahIkan keli diternak di dalam tangki air secara organik. Bermula dengan benih ikan sebanyak 250 ekor dengan saiz lebih kurang 2-3 inci bagi setiap ekor. Ikan-ikan ikan diberi plankton yang hidup pada akar-akar pokok keladi bunting.

Baja yang dimasukkan ke dalam air digunakan untuk menyuburkan pokok keladi bunting dan plakton.

Tangki air yang menempatkan ikan keliKeladi bunting yang di letakkan di dalam tangki
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=2663162582599668450

Panduan Menternak Ayam Kampun Secara Kecil-kecilan

PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain
PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
http://harizamrry.wordpress.com/2007/10/09/panduan-memelihara-ayam-kampong-secara-kecilan/

Cara Menternak Itik

PENDAHULUAN

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.




PEMILIHAN BAKA

Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

mempunyai daya hidup yang tinggi

bebas dari kecacatan

penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)

menghasilkan telur yang berkualiti

berat antara 65 - 75 gm sebiji

kulit telur adalah keras

warna kuning telur kemerah-merahan

saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg

ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.


Khaki Campbell


PERUMAHAN DAN PERALATAN

Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-

1. Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik

2. Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi.

3. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.

4. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN

Induk palsu antaranya:

Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,

Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)

Sarang bertelur

Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya


PEMAKANAN

Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

1. Makanan komersil

2. Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil

Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.

Umur


Jenis Makanan


Kandungan

Protin
Tenaga

0 - 2 minggu "Duck Starter" 20 %
2700-3000

2 - 3 minggu "Duck Starter" dicampur "Duck Grower" -
-

4 - 16 minggu "Duck Grower" 16 %
2500 - 2800

16 minggu dan semasa bertelur "Layer" 17 %
2600 - 2900


2. Makanan Campuran Sendiri

Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-

Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .

Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur

0 - 4 minggu 1.2 kg. - 1.6 kg.
5 minggu - 22 minggu 11.0 kg - 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur) 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).



KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-

Menjaga kebersihan ladang setiap masa

Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat

Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat " antistress" harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari.

Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai

Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru

Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.


KEPERLUAN CAHAYA

Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-

Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.

Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur

Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.

Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki

Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:

Persediaan sebelum ketibaan anak itik

Pemeliharaan semasa perindukan

Pengurusan semasa membesar

Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)

Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci.

Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan

Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.

Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.

Beri antistress selama 3 hari.

Beri makanan duck starter crumble tanpa had

Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.

Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.


Pengurusan Semasa Membesar

Keluarkan alat pemanas dan pembentung

Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar

Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering

Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl

Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .

Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur

Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-

Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.

Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.

Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.

Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama

Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)

Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)

Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata

Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan

Semak keperluan cahaya mengikut umur itik



PENGHASILAN

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-


Telur Itik Segar

Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0.

Telur Masin

Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.

Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.

PENGURUSAN REKOD

Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.

Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan

Rekod pemeliharaan/pengurusan

Rekod kewangan

http://www.jpvpk.gov.my/2008/Malay/Panduaqn%20Menternak%20Itik%20Telur.html